Daniyaprincess’s Blog

PRO tingkatkan imej syarikat

Pegawai perhubungan awam atau lebih mesra dengan panggilan PRO memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi sama ada di jabatan kerajaan mahupun syarikat korporat.

Seorang PRO yang bijak akan membawa imej baik kepada majikannya menerusi publisiti positif yang disiarkan sama ada menerusi akhbar atau televisyen.

Memegang jawatan sebagai PRO memerlukan seseorang itu menjalinkan hubungan baik antara syarikat dengan media.

Selain perlu menjaga penampilan dengan imej kemas dan menarik dalam membawa imej positif kepada syarikat yang diwakili, seseorang PRO perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai syarikat yang dinaunginya.

Antara tugasan PRO ialah perlu menghubungi media bagi memaklumkan sebarang acara yang dijalankan syarikat seperti menghantar faksimili, surat jemputan rasmi atau berhubung melalui telefon.

Seorang PRO perlu menyediakan bahan bertulis yang banyak termasuk maklumat mengenai sesuatu acara yang dijalankan syrikat terbabit untuk wakil media yang hadir ke majlis itu.

Ia bertujuan memberi maklumat yang diperlukan media dalam menyiapkan berita berkaitan acara berkenaan.

Mereka juga bertanggungjawab menyediakan cenderahati program, salinan ucapan ketua mereka diacara yang dihadiri dan juga laporan.

PRO juga perlu menyusun dan menguruskan sidang media terutama jika pihak media meminta ia diadakan supaya soalan penting dapat diutarakan dan berita menarik dapat dihasilkan.

Tugasan penting bagi seseorang PRO adalah membantu media mendapatkan ulasan atau jawapan atas sebarang isu terkini membabitkan syarikat atau organisasi mereka.

Ia juga bertanggungjawab menyalurkan maklumat yang betul dan tepat serta menghubungkan media dengan barisan pegawai yang mempunyai kuasa untuk memberikan jawapan penuh dan perlu cekap serta berpengetahuan dalam membantu media mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan berkaitan.

Mereka juga perlu memahami tugas media yang sentiasa mengejar masa dan bergerak pantas dalam mendapatkan berita dan setiap persoalann yang dikemukakan perlu diberi balasan dengan cepat dan tidak boleh berlengah.

Kumpulan PRO yang cekap dalam sesebuah organisasi bukan sahaja akan memudahkan kerja media, malah ia memberikan imej positif mengenai sesebuah syrikat itu.

Untuk menjadi seorang PRO, seseorang itu perlu mempunyai personaliti yang menarik, ceria, peramah, berpengetahuan dan mudah bekerjasama sebagai satu kumpulan.

Kelayakan yang diperlukan bagi seseorang itu menjawat jawatan tersebut ialah ijazah dalam bidang komunikasi sama ada  jurusan perhubungan awam, pengiklanan atau kewartawanan. Bagaimanapun pemohon yang berkelulusan dalam bidang lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang diperlukan juga berpeluang menyertai kerjaya ini.

 Kerjaya sebagai PRO memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Inggeris selain bahasa Melayu juga antara kriteria penting.

Selain itu, kemahiran bergaul juga penting kerana kerjaya itu memerlukan ia sentiasa bercampur dengan pelbagai  golongan.

Kerjaya berkenaan membuka peluang kepada seseorang PRO itu untuk bertugas ke luar kawasan termasuk luar negara.

OLEH: Haryani Ngah, BERITA HARIAN (KHAMIS,22 JANUARI 2009)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: