Daniyaprincess’s Blog

ImPIan…

Lahir sebagai insan di bumi Allah ini, lalu menjadi khalifah yang diberi hak untuk mentadbir alam mengikut asas dan peraturan yang telah dicipta oleh pencipta. Lalu manusia itu, berlegar-legar mencari rezeki dan mengapai impian yang selama ini terpendam di dasar hati. Semua orang di dunia ini punya impian, suka berangan dan mengimpikan sesuatu yang di luar kudrat kuasa seorang yang bernama manusia. Impian!!!, perkataan yang sentiasa menghiasi bibir insan bergelar manusia. Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang tidak mempunyai impian ini adalah seseorang yang tidak tahu ke mana arah tujunya dalam hidup ini.

Aku punya impian yang tinggi melangit, aku cuba melangkah seiring dengan jauh dan tingginya impian aku, namun kekadang impian aku tidak tercapai kerana kekurangan segala yang penting yang menjadikan hidup kita sempurna mengatasi segalanya. Ironinya adalah WANG, itu adalah aspek ataupun sebab utama yang membolehkan segala impian menjadi nyata. Tanpanya hidup takkan bermakna, dan jika dilihat dalam konteks sekarang yang segala benda dan barangan penting menjadi mahal sehinggakan harga makanan pun tidak lagi mencecah angka 20 sen sebiji.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: